Sunday, August 9, 2009

“Cuit-cuit saja”…..



Naik motokar bersama tunang
Dari Kota Bharu ke Pantai Melawi
Tiap tahun perkara sama dicanang
Zaman Shafei hingga YB Ismail Sabri

Sampai di Melawi terus mandi
Tak ingat dunia hingga tercabut gigi
Walau dipantau setiap hari
Gula tiada tak tahu kemana pergi

Selesai mandi bawa tunang meronda
Penat berjalan didokongnya pula
Walau terus dikawal harganya
Tetap dikatakan tiada oleh peniaga

Kita pulang tepat jam tiga
Sampai simpang di tahan peronda
Kiri kanan asyik pasal gula
Ingat sikit selsema babi melanda

Jam lima petang sampai dirumah
Bakal mentua jeling macam sakit hati
Gula tiada tak leh sabar ke mak Mah
Alternatif lain bukan banyak lagi

Cuit-cuit di petang hari
Jangan terasa di dalam hati
YB Ismail Sabri teruskan lagi
InsyaAllah jasamu akan diberkati

Disini ku susun sepuluh jari
Jika terkasar bahasa didengari
Niat cuma menghibur hati
Bukan kah elok saling ingat-mengingati

TQ…

-WSLM-

Ismail’s
Bangsaku…

Untuk apa terpekik melolong
Terus diperkuda dan ditunggangi belakang
Agenda terus diperjuang
Walau gempita hanya di jalanan

Yang senang terus menongkat langit
Si miskin ini terus memohon secubit
Secubit perhatian sekelumit kasihan…
Untuk berjuang meneruskan kehidupan..

Melayu…
Apa yang diperjuangkan..
Jika sekadar omongan kosong cuma..
Bertempik dijalanan
Dihambat sebangsamu..kiblat yang sama..

Sedar wahai bangsaku..
Sekali tersadung itulah ingatmu..
Jangan dibiar maruah terus diinjak
Berapa ramai lagi bangsamu
Berkelana di hentian Serenti.
Mundar-mandir di jalanan sepi
Berpeleseran terus muda dan mudi..
Tidak terhitung para doktor sendiri

Retak menanti belah...
Islam terus diperkotaki…
Politikus rakus menghasut domba..
Membangkit semangat marhain terus bergelora
Yang putih tetap putih yang hitam tiada akan menjadi putih
Bagi mu yang hitam dicorak kelabu,merah juga putih..

Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku..
Tak rela bangsaku terus ditelanjangi
Dimana…dimana..
Semangat Hang Tuah, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau
Jangan hanya terus menyepi.

-WSLM-
Ismail’s

Monday, August 3, 2009

Kerja....Kerja....

Kalau tanya setiap antara kita siapa yang malas atau rajin bekerja....Jawapannya siapa yang mengatakan "Aku malas", terus dilabel sebagai individu yang tiada motivasi diri dan paling memang tiada harapan untuk memajukan diri sendiri dan bagaimana pula jika kita mengatakan "Aku rajin" barangkali dicop sebagai masuk bakul angkat sendiri..... Ini adalah situasi biasa atau rutin kita sebagai seoarang pekerja samada sebagai majikan, makan gaji, sendiri, sektor kerajaan atau sektor swasta. Di setiap organisasi ini pasti tidak dapat lari dari situasi ini.
Cara mengatasinya;...
1. Malas atau rajin bukan majikan atau orang bawahan yang menentukan, tetapi bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk memotivasikan dirinya agar menjadi lebih rajin dan cuba untuk melaksanakan perkara-perkara baru.
2.Bersyukur kerana masih berpeluang untuk menaburkan sumbangan untuk pembangunan negara. Bersyukur juga kaedah terbaik untuk memotivasikan diri agar kita tidak terlalai dalam melaksanakan tugas harian serta sentiasa komited dengan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan atau jabatan.
3. Suasana kerja yang kondusif. Mewujudkan satu suasana kerja yang ceria, gembira juga salah satu cara bagaimana untuk kita menghindari dari sifat malas dalam setiap pelaksanaan tugasan. Elakkan perasaan cemburu antara kakitangan. wujudkan kegembiraan di dalam organisasi. InsyaAllah urusan kerja akan menjadi lebih mudah dan dapata disiapkan dalam masa yang ditentukan..
4. Tidak terkecuali anda bos, majikan, pegawai, eksekutif atau kakitangan bawahan. Tidak salah untuk menyediakan nota kecil yang boleh digunakan untuk merekodkan setiap aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja, tugasan, aktiviti dan sebagainya....Kerja akan tersusun dan menepati KPI yang ditetapkan jabatan...insyaAllah...
5.Mulakan langkah awal setiap pagi sebelum memulakan kerja. Niat yang paling utama...Jadikan kerja atau tanggungjawab kita sebagai satu ibadah, Nescaya akan diberkati, kerja yang susah akan menjadi senang dan dipermudahkan oleh Allah...

-WSLM-
Ismail's

Monday, June 29, 2009

Chuchu Datuk Merah..




.....Selalu nya ambo jarang kali menonton rancangan-rancangan komersil yang disiarkan oleh televisyen kita kecuali program makalah dan dokomentari mungkin bersesuaian dengan usia ambo yang semakin menginjak dewasa...Walaupun begitu mungkin ada dari anda yang menonton televisyen yang menayangkan filem-filem lagenda dan bermesej.


Sebelum mata dilelapkan dihadapan TV (seperti biasa bila menonton program merapu, TV yang akan menonton ambo) tetapi mungkin pada malam itu ada mesej yang tersirat yang menghalang ambo dari terus terlelap ketika menonton Filem Cucu Datok Merah.



Filem yang diterbitkan pada tahun 1963 arahan M.Amin ini bagi ambo banyak persamaan dalam situasi yang berlaku pada hari ini. Allahyarham Nordin Ahmad selaku peneraju sebagai Awang Janggut, Latifah Omar, Roseyatimah dan ramai lagi seniman banyak menyedarkan ambo (mungkin sutradaranya dapat menujum apa yang akan berlaku situasi yang akan berlaku 46 tahun yang akan datang).



Ternyata benar apabila salah satu babak yang menonjolkan bagaimana Awang Janggut (Cucu Datuk Merah) cuba untuk mendapatkan kerja dengan menggunakan pengaruh dan kuasa datuk beliau telah diherdik oleh Orang Kaya Hassan (Yem Jaafar) memandangkan beliau dan keturunannya sudah tidak lagi berkuasa. Tetapi hanya setahil emas sahaja sudah cukup untuk Wan Embong mendapat jawatan dan diterima sebagai pekerja Orang Kaya Hassan. Zaman tersebut sudah berlakunya rasuah dan kronisme jadi tidak mustahil situasi tersebut tidak berlaku waktu ini... Nasib ketika itu belum ujud SPRM. (Menilai melalui pengalaman)


"Melayu Mudah Lupa"......Luahan kekecewaan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad seakan-seakan telah diadaptasi dari cereka tersebut bilamana Melayu bila tidak dalam 'kouca bo jeng' dan kesulitan akan mudah lupa diri dan terus leka pada kebendaan bagaimana Awang Janggut yang sanggup meninggalkan dan menduakan Wan Kuntum apabila mula rapat dengan anak majikannya sendiri... inilah gambaran Melayu yang terjemahkan di dalam cereka tersebut... Jadi bagaimana?


Dendam, hasad, khianat seolah-olah sebati dengan orang Melayu walaupun Agama Islam yang membawa ajaran syumul dan saling melengkapi antara Islam, Iman dan Ehsan. Untuk mencapai matlamat dan kelangsungan kuasa (serakah dendam) bagaimana Long Daik cuba untuk melunaskan dendamnya dengan menjadikan Wan Kuntum sebagai galang-ganti dendamnya terhadap Awang Janggut...


Tidak semua di cungkil....Bayangkan bagaimana situasi Melayu pada 2020...



-Tidak rela Melayu terus layu-



Sunday, April 19, 2009

Hampir seminggu tragedi kekecohan penonton berlaku di stadium Sultan Muhammad Ke-IV telah berlaku. Rata-rata peminat bola sepak tempatan termasuk peminat setia dan pior Kelantan sendiri telah meletakkan kesalahan di bahu bekas penjaga gol kebangsaan Saudara Halim Napi.
Kelantan telah dihukum, bagi saya satu langkah drastik FAM yang melaksanakan hukuman terlebih dahulu sebelum melakukan siasatan cerito sebenar di sebalik insiden tersebut. Pengalaman telah mengajar bagaimana skuad “Red Warrior” telah dinafikan hak 3 mata dan diisytiharkan tewas kepada KL Plus kerana tidak dapat menyediakan padang yang sesuai untuk perlawanan pusingan pertama Liga Super. Hukuman tersebut ditaraik balik selepas rayuan di buat oleh pengurusan KAFA. (Hukum dulu baru siasat) poning…..
Hukuman tersebut merupakan bibit awal terhadap ketidakpuasan hati dan kekecohan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV 7 April lepas. Hakikat insiden tersebut bukan berpunca peminat yang tidak dapat menerima keputusan kekalahan kepada pasukan Negeri Sembilan tetapi ada unsur lain yang berlaku di luar stadium yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir penyokong setia Kelantan.
Tuduhan melulu media massa dan elektronik terhadap penyokong Kelantan seolah-olah Kelantan merupakan satu lubuk yang melahirkan budaya samseng dan holigan bola sepak. Sedangkan hakikatnya hanya segelintir sahaja penyokong yang bertindak keterlaluan. Saya sebagai anak Kelantan juga peminat setia bola sepak Kelantan dan bersama jatuh bangun bolasepak Kelantan sikit terkilan dengan komen para penganalisis sukan yang terus meletakkan hampir 100% kesalahan di bahu KAFA.
Komen yang tidak bermoral di dalam satu rancangan berunsur sukan sangat memalukan seolah-olah semua peminat bola sepak Kelantan dungu, tolol dan buta bola sepak. Ingat orang Kelantan juga suka kepada clean football. Tidak dinafikan saudara Halim bertindak keterlaluan dan tidak profesional terhadap pertahanan Negeri Sembilan. Tetapi sedarkah apakah insiden yang berlaku semasa permainan sedang berlangsung dan provokasi pemain tersebut terhadap saudara Halim sebelum itu…….Hanya kita yang bertumas di dalam stadium pada masa itu yang tahu….
“Kagum dengan semangat anak negeri di stadium Nasional Darul Naim walupun kami kempunan untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi di Kota Bharu,”
-GOMO KELATE GOMO-

Nabil Yang Jahil

"Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tida kena".

Itulah komen dari Ikon remaja masa kini produk kelahiran satu program realiti TV yang diminati oleh kebnyakan remaja.
Mungkin kalau kena dengan tempatnya teringat ambo kepada lirik yang dilagukan oleh pendikir tersohor Kelantan.
"Memang begitu adat nak muda bila berjumpa bercumbu mesra, bila bertemu tahu-tahu saja, bibir bertaut, tangan meraba-raba"....

Dari Maqil bin Yasar r.a.
berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabarani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah:1/44). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Ambo rasa sebagai penganut Islam tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang bagi ambo mempersendakan anutan beliau sebagai orang Islam. Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih-kasihan dan bercinta tetapi perlu mengikut batasan-batasan Islam. Tidak salah untuk berkongsi kegembiran dengan orang yang tersayang tetapi jangan menganggap apa yang kita lakukan itu betul dan beradab. Ingat walaupun Tuan menganggap kehidupan dizaman urban ini serba moden dan semuanya dibolehkan kita masih ada norma-norma ketimuran yang perlu diikuti.
Ingat saudaraku, perbuatan tidak menghalalkan cara. oleh itu bertaubatlah sebelum kapan menyelimutimu. Anda yang dianggap sebagai Idol di mata masyarakat tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa dan terlalu bongkak kerana perlu ingat langit tidak selalunya cerah dan hidup ini umpama roda yang berpusing. terakdang kita di atas dan terkadang kita dibawah. seandainya kita lupa dan alpa barang seketika ingatlah kepada janji Allah.

" Dari Jemapoh ke ibukota
Naik motor sambil berdiri
Anda dinggap idola remaja
Jaga maruah Islam sejati"

-WSLM-




Tuesday, February 17, 2009

Kerjaaaaa


Akhbar arus perdana baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan telah mengumumkan kekosongan yang berjumlah hampir 20000 bakal diisi oleh pekerja-pekerja sektor swasta yang terlibat dengan pemberhentian ekoran dari kekangan kegawatan ekonomi global yang turut memberi impak kepada sektor swasta di Malaysia. Selain dari itu juga bagi 45000 yang bakal menghadapi pemberhentian kerja akan mengikuti Skim Latihan Kemahiran Pekerja yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.


Persoalannya sekarang jika kerajaan lebih mengutamakan pekerja-pekerja di sektor swasta bagaimana nasib yang akan menimpa hampir 50000 pekerja-pekerja kontrak yang berkhidmat dalam pelbagai jabatan di jabatan-jabatan kerajaan. Bagi Setiausaha Agung CUEPACS adalah lebih adil jika kerajaan meneliti semula langkah tersebut dan memberi peluang untuk mengisi pelbagai jabatan di Jabatan Kerajaan tersebut kepada pegawai dan kakitangan kontrak yang telah berkhidmat dalam sektor awam.


Bagi ambo langkah ini adalah merupakan satu langkah yang paling adil yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pekerja kontrak yang sering menjadi isu utama dan ketidaksefahaman antara kerajaan dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ketidakwajaran dan kejanggalan juga jika langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia ini terlaksana hanya akan menyebabkan pekerja sektor swasta sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana dan budaya kerja sektor awam.


Ambo sebagai salah seorang penjawat awam (kontrak) juga agak terkilan mendengar satu pandangan oleh pemanggil di dalam sebuah stesen radio sewaktu dalam perjalanan ketempat kerja. Pemanggil tersebut menyatakan suasana kerja yang pasif serta tawaran gaji yang tidak sama dalam sektor awam memungkinkan langkah yang diperkenalkan kerajaan tidak akan mendapat sambutan dari mantan pekerja swasta. Bagi ambo sebagai penjawat awam (kontrak) cukup kecewa dengan pandangan sinis dan agak skeptikal oleh pemanggil tersebut. Ambo sendiri pun pernah bekerja di sebuah organisasi swasta dan terbukti apa yang didakwa oleh pemanggil tadi benar tetapi kita tidak boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam. Bagi ambo segala pengalaman dari segi punctually, profesionalisme dan persekitaran kerja kondusif semasa di sektor swasta boleh kita adaptasikan di dalam sektor kerajaan. Ini akan menambahbaik sektor perkhidmatan awam secara keseluruhannya, Bagi pendapat ambo pula pandai-pandailah bawa diri, "Masuk kandang itik menguek, masuk gok ayam kena beketoak lah".


Kenapa kerajaan begitu beria-ia untuk membantu golongan pekerja swasta sedangkan masih terdapat ribuan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara kontrak perlu diutamakan terlebih dahulu. Langkah yang diperkenalkan kerajaan ini jika menjadi realiti akan menjadikan sektor kerajaan akan menjadi tempat lambakan pekerja-pekerja yang diberhentikan. Kerajaan perlu menilai semula pandangan yang diberikan oleh Pengerusi Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa faktor gaji permulaan dan gred yang berbeza antara sektor awam dan swasta yang ketara, mungkin tidak akan menarik kakitangan swasta yang berpengalaman untuk berkhidmat di dalam sektor awam.


Fikir-fikirkanlah....




-WSLM-


Sunday, February 15, 2009

Seksi Dan Seksa

" Seksi Bukan Telanjang"


Terkesima seketika bila membaca satu artikel dan wawancara bersama seorang personaliti televisyen " Seksi Bukan Telanjang". Jadi mengikut perkiraan personaliti tersebut tiada hukum yang mewajibkan seorang wanita Islam menutup aurat.


dari Aisyah r.a bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah berpaling muka seraya bersabda:


" Wahai Asma' ! Sesungguhnya, jika seseorang wanita sudah mencapai masa haid (akil baligh), maka tidak layak baginya untuk menampakkannya, kecuali ini....." (sambil mengisyaratkan pada muka dan tangan baginda).


Dengan itu melalui sabda nabi tadi jelaslah menunjukkan rambut wanita dan semua anggotanya adalah haram untuk diperagakan di khalayak walaupun dengan niat untuk mencari rezeki yang halal (komen dari segelintir penggiat seni).


Kenapa kita berani untuk menghalalkan cara sedangkan di dalam Al-Quran mahupun Hadith telah banyak memperincikan kewajipan menutup aurat kepada wanita Islam.


Alasan untuk berpakaian seksi dan tidak menutup aurat atas rasa tanggungjawab sosial untuk mencari rezeki dan sekadar lakonan semata-mata tidak boleh diterima sama-sekali.

Mungkin bagi golongan yang berpandangan sederhana atau liberal. Itu tidak menjadi satu keralatan bagi yang telah biasa tersesat di dalam hutan batu. "Katakanlah kepada wanita yang beriman." Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa (Tampak darinya dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya". (Surah An-Nur:31). Didalam ayat ini jelas bagaimana Allah S.W.T mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman supaya menutup aurat. (Macam mana dengan kaeadaan kita pada hari ini fikir-fikirkanlah). Perubahan masa dan hambatan arus kemodenan bukanlah tiket atau kredit untuk menghalalkan cara serta mengingkari perintah Allah ini. Amat janggal sekali kerana semua ini dizahirkan oleh golongan yang mengaku Islam dan Di Iqamah sesudah keluar dari rahim seorang yang bergelar ibu.


Sunday, February 1, 2009


Patriotik kah Pemain Bola Sepak Kita

Kebelakangan ini rata-rata marhaen memperkatakan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad bolasepak kebangsaan bertitik-tolak dari tiada semangat patriotik dan perasaan ingin mengangkat martabat negara di mata dunia.
Apakah kelompok yang mempersoalkan semangat kepatriotikan seseorang warganegara hanya setelah tewas atau kegagalan untuk membuktikan sesuatu kepada negara kita dicop sebagai tidak patriotik.
Setelah kecaman demi kecaman yang diterima oleh (skuad bola sepak negara) setelah gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki AFF di Phuket Thailand. Mereka di cop sebagai lembik, kaki bangku, mata duitan dan pelbagai tuduhan yang jengkel oleh pengamal media dan pihak lain. Tetapi kenapa kajian tidak dibuat (di cop patriotik atau pun tidak ) semasa skuad ini menjuarai Piala Merdeka edisi Kuala Lumpu pertengahan 2008 lalu.
Rata-rata pemain menganggap penggilan untuk mewakili skuad negara adalah peluang, tanggungjawab dan penghormatan yang cukup besar serta menunjukkan semangat patriotik kepada negara. Jika mereka lebih memandang kebendaan mungkin panggilan untuk mewakili skuad negara boleh diabaikan dan tawaran hanya dijadikan pembungkus nasi lemak cuma.
Sebagai bukti bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Syamsuri Mustafa walaupun telah dipinggirkan untuk mewakili skuad kebangsaan tetap menyahut seruan B. Sothianathan untuk mewakili skuad kebangsaan.
Mungkin jika berkhidmat sebagai anggota keselamatan dan berpeluang untuk berbakti dibawah panji-panji antarabangsa di luar negara bbaru dianggap sebagai patriotik?
Renungkan sejenak kecederaan yang dialami oleh pemain negara sebelum kita mengecop wira negara ini sebagai tidak patriotik. Kita yang bukan dalam gok dan umpama aye jawi hanya mampu berkokok di luar gelanggang sahaja, bila di adu mulalah tunjuk belang sebenar..
Cuba kita ambil kekalahan ini sebagai iktibar dan belajar menerima pandangan dan cadangan dari pemain, jurulatih dan sebagainya. Tidak hanya pihak pengurusan sahaja (????) yang berhak bersuara seolah-olah mereka tahu segalanya mengenai bola sepak..
Jangan pulak di beri bola untuk ditendang tetapi dibelah umpama kelapa.
Malaysia memang begitu, bila menang dipuja-puji
Bila tewas dihina-keji..
Buat wira-wira negara teruskan perjuangan jangan gentar rempuh halangan..

-WSLM-

Tuesday, January 27, 2009


AIR MATA GAZA


Palestin
Engkau merempat dan tercela di tumpah darah mu sendiri
oleh laknat bangsa Israel laknati Allah
Berdekad malah berkurun lama darah mengalir akan terus mengalir tanpa henti
Kenapa, Mengapa
Dunia memandang SEPI
MENGUTUK
dan MEMERHATI

Mujahidin
Ingat engkau pada janji Allah
Terus engkau bermandi darah mempertahankan perjuangan bangsamu dari
terus dijarah
Jangan undur 1948
Teruskan perjuangan fisabilillah

Hamas & Fatah
Hentikan persengketaan
Bersatulah demi ummah
Kemewahan duniawi, kerakusan kuasa cerminan adaptasi bangsamu yang lemah
Ingatlah janji ALLAH



Wednesday, January 21, 2009


Assalamualaikum..
Salam hormat.

Ku memanjat kesyukuran kepada Inayah Mu dapat ku menukilkan secebis warkah
dan InsyaAllah kupasan-kupasan isu yang terkini
serta kata-kata hikmah serta petua akan terus di update...
-WSLM-