Sunday, August 9, 2009

“Cuit-cuit saja”…..



Naik motokar bersama tunang
Dari Kota Bharu ke Pantai Melawi
Tiap tahun perkara sama dicanang
Zaman Shafei hingga YB Ismail Sabri

Sampai di Melawi terus mandi
Tak ingat dunia hingga tercabut gigi
Walau dipantau setiap hari
Gula tiada tak tahu kemana pergi

Selesai mandi bawa tunang meronda
Penat berjalan didokongnya pula
Walau terus dikawal harganya
Tetap dikatakan tiada oleh peniaga

Kita pulang tepat jam tiga
Sampai simpang di tahan peronda
Kiri kanan asyik pasal gula
Ingat sikit selsema babi melanda

Jam lima petang sampai dirumah
Bakal mentua jeling macam sakit hati
Gula tiada tak leh sabar ke mak Mah
Alternatif lain bukan banyak lagi

Cuit-cuit di petang hari
Jangan terasa di dalam hati
YB Ismail Sabri teruskan lagi
InsyaAllah jasamu akan diberkati

Disini ku susun sepuluh jari
Jika terkasar bahasa didengari
Niat cuma menghibur hati
Bukan kah elok saling ingat-mengingati

TQ…

-WSLM-

Ismail’s
Bangsaku…

Untuk apa terpekik melolong
Terus diperkuda dan ditunggangi belakang
Agenda terus diperjuang
Walau gempita hanya di jalanan

Yang senang terus menongkat langit
Si miskin ini terus memohon secubit
Secubit perhatian sekelumit kasihan…
Untuk berjuang meneruskan kehidupan..

Melayu…
Apa yang diperjuangkan..
Jika sekadar omongan kosong cuma..
Bertempik dijalanan
Dihambat sebangsamu..kiblat yang sama..

Sedar wahai bangsaku..
Sekali tersadung itulah ingatmu..
Jangan dibiar maruah terus diinjak
Berapa ramai lagi bangsamu
Berkelana di hentian Serenti.
Mundar-mandir di jalanan sepi
Berpeleseran terus muda dan mudi..
Tidak terhitung para doktor sendiri

Retak menanti belah...
Islam terus diperkotaki…
Politikus rakus menghasut domba..
Membangkit semangat marhain terus bergelora
Yang putih tetap putih yang hitam tiada akan menjadi putih
Bagi mu yang hitam dicorak kelabu,merah juga putih..

Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku..
Tak rela bangsaku terus ditelanjangi
Dimana…dimana..
Semangat Hang Tuah, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau
Jangan hanya terus menyepi.

-WSLM-
Ismail’s

Monday, August 3, 2009

Kerja....Kerja....

Kalau tanya setiap antara kita siapa yang malas atau rajin bekerja....Jawapannya siapa yang mengatakan "Aku malas", terus dilabel sebagai individu yang tiada motivasi diri dan paling memang tiada harapan untuk memajukan diri sendiri dan bagaimana pula jika kita mengatakan "Aku rajin" barangkali dicop sebagai masuk bakul angkat sendiri..... Ini adalah situasi biasa atau rutin kita sebagai seoarang pekerja samada sebagai majikan, makan gaji, sendiri, sektor kerajaan atau sektor swasta. Di setiap organisasi ini pasti tidak dapat lari dari situasi ini.
Cara mengatasinya;...
1. Malas atau rajin bukan majikan atau orang bawahan yang menentukan, tetapi bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana untuk memotivasikan dirinya agar menjadi lebih rajin dan cuba untuk melaksanakan perkara-perkara baru.
2.Bersyukur kerana masih berpeluang untuk menaburkan sumbangan untuk pembangunan negara. Bersyukur juga kaedah terbaik untuk memotivasikan diri agar kita tidak terlalai dalam melaksanakan tugas harian serta sentiasa komited dengan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan atau jabatan.
3. Suasana kerja yang kondusif. Mewujudkan satu suasana kerja yang ceria, gembira juga salah satu cara bagaimana untuk kita menghindari dari sifat malas dalam setiap pelaksanaan tugasan. Elakkan perasaan cemburu antara kakitangan. wujudkan kegembiraan di dalam organisasi. InsyaAllah urusan kerja akan menjadi lebih mudah dan dapata disiapkan dalam masa yang ditentukan..
4. Tidak terkecuali anda bos, majikan, pegawai, eksekutif atau kakitangan bawahan. Tidak salah untuk menyediakan nota kecil yang boleh digunakan untuk merekodkan setiap aktiviti serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja, tugasan, aktiviti dan sebagainya....Kerja akan tersusun dan menepati KPI yang ditetapkan jabatan...insyaAllah...
5.Mulakan langkah awal setiap pagi sebelum memulakan kerja. Niat yang paling utama...Jadikan kerja atau tanggungjawab kita sebagai satu ibadah, Nescaya akan diberkati, kerja yang susah akan menjadi senang dan dipermudahkan oleh Allah...

-WSLM-
Ismail's