Tuesday, February 17, 2009

Kerjaaaaa


Akhbar arus perdana baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan telah mengumumkan kekosongan yang berjumlah hampir 20000 bakal diisi oleh pekerja-pekerja sektor swasta yang terlibat dengan pemberhentian ekoran dari kekangan kegawatan ekonomi global yang turut memberi impak kepada sektor swasta di Malaysia. Selain dari itu juga bagi 45000 yang bakal menghadapi pemberhentian kerja akan mengikuti Skim Latihan Kemahiran Pekerja yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.


Persoalannya sekarang jika kerajaan lebih mengutamakan pekerja-pekerja di sektor swasta bagaimana nasib yang akan menimpa hampir 50000 pekerja-pekerja kontrak yang berkhidmat dalam pelbagai jabatan di jabatan-jabatan kerajaan. Bagi Setiausaha Agung CUEPACS adalah lebih adil jika kerajaan meneliti semula langkah tersebut dan memberi peluang untuk mengisi pelbagai jabatan di Jabatan Kerajaan tersebut kepada pegawai dan kakitangan kontrak yang telah berkhidmat dalam sektor awam.


Bagi ambo langkah ini adalah merupakan satu langkah yang paling adil yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pekerja kontrak yang sering menjadi isu utama dan ketidaksefahaman antara kerajaan dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ketidakwajaran dan kejanggalan juga jika langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia ini terlaksana hanya akan menyebabkan pekerja sektor swasta sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana dan budaya kerja sektor awam.


Ambo sebagai salah seorang penjawat awam (kontrak) juga agak terkilan mendengar satu pandangan oleh pemanggil di dalam sebuah stesen radio sewaktu dalam perjalanan ketempat kerja. Pemanggil tersebut menyatakan suasana kerja yang pasif serta tawaran gaji yang tidak sama dalam sektor awam memungkinkan langkah yang diperkenalkan kerajaan tidak akan mendapat sambutan dari mantan pekerja swasta. Bagi ambo sebagai penjawat awam (kontrak) cukup kecewa dengan pandangan sinis dan agak skeptikal oleh pemanggil tersebut. Ambo sendiri pun pernah bekerja di sebuah organisasi swasta dan terbukti apa yang didakwa oleh pemanggil tadi benar tetapi kita tidak boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam. Bagi ambo segala pengalaman dari segi punctually, profesionalisme dan persekitaran kerja kondusif semasa di sektor swasta boleh kita adaptasikan di dalam sektor kerajaan. Ini akan menambahbaik sektor perkhidmatan awam secara keseluruhannya, Bagi pendapat ambo pula pandai-pandailah bawa diri, "Masuk kandang itik menguek, masuk gok ayam kena beketoak lah".


Kenapa kerajaan begitu beria-ia untuk membantu golongan pekerja swasta sedangkan masih terdapat ribuan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara kontrak perlu diutamakan terlebih dahulu. Langkah yang diperkenalkan kerajaan ini jika menjadi realiti akan menjadikan sektor kerajaan akan menjadi tempat lambakan pekerja-pekerja yang diberhentikan. Kerajaan perlu menilai semula pandangan yang diberikan oleh Pengerusi Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa faktor gaji permulaan dan gred yang berbeza antara sektor awam dan swasta yang ketara, mungkin tidak akan menarik kakitangan swasta yang berpengalaman untuk berkhidmat di dalam sektor awam.


Fikir-fikirkanlah....




-WSLM-


Sunday, February 15, 2009

Seksi Dan Seksa

" Seksi Bukan Telanjang"


Terkesima seketika bila membaca satu artikel dan wawancara bersama seorang personaliti televisyen " Seksi Bukan Telanjang". Jadi mengikut perkiraan personaliti tersebut tiada hukum yang mewajibkan seorang wanita Islam menutup aurat.


dari Aisyah r.a bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah berpaling muka seraya bersabda:


" Wahai Asma' ! Sesungguhnya, jika seseorang wanita sudah mencapai masa haid (akil baligh), maka tidak layak baginya untuk menampakkannya, kecuali ini....." (sambil mengisyaratkan pada muka dan tangan baginda).


Dengan itu melalui sabda nabi tadi jelaslah menunjukkan rambut wanita dan semua anggotanya adalah haram untuk diperagakan di khalayak walaupun dengan niat untuk mencari rezeki yang halal (komen dari segelintir penggiat seni).


Kenapa kita berani untuk menghalalkan cara sedangkan di dalam Al-Quran mahupun Hadith telah banyak memperincikan kewajipan menutup aurat kepada wanita Islam.


Alasan untuk berpakaian seksi dan tidak menutup aurat atas rasa tanggungjawab sosial untuk mencari rezeki dan sekadar lakonan semata-mata tidak boleh diterima sama-sekali.

Mungkin bagi golongan yang berpandangan sederhana atau liberal. Itu tidak menjadi satu keralatan bagi yang telah biasa tersesat di dalam hutan batu. "Katakanlah kepada wanita yang beriman." Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa (Tampak darinya dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya". (Surah An-Nur:31). Didalam ayat ini jelas bagaimana Allah S.W.T mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman supaya menutup aurat. (Macam mana dengan kaeadaan kita pada hari ini fikir-fikirkanlah). Perubahan masa dan hambatan arus kemodenan bukanlah tiket atau kredit untuk menghalalkan cara serta mengingkari perintah Allah ini. Amat janggal sekali kerana semua ini dizahirkan oleh golongan yang mengaku Islam dan Di Iqamah sesudah keluar dari rahim seorang yang bergelar ibu.


Sunday, February 1, 2009


Patriotik kah Pemain Bola Sepak Kita

Kebelakangan ini rata-rata marhaen memperkatakan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh skuad bolasepak kebangsaan bertitik-tolak dari tiada semangat patriotik dan perasaan ingin mengangkat martabat negara di mata dunia.
Apakah kelompok yang mempersoalkan semangat kepatriotikan seseorang warganegara hanya setelah tewas atau kegagalan untuk membuktikan sesuatu kepada negara kita dicop sebagai tidak patriotik.
Setelah kecaman demi kecaman yang diterima oleh (skuad bola sepak negara) setelah gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala Suzuki AFF di Phuket Thailand. Mereka di cop sebagai lembik, kaki bangku, mata duitan dan pelbagai tuduhan yang jengkel oleh pengamal media dan pihak lain. Tetapi kenapa kajian tidak dibuat (di cop patriotik atau pun tidak ) semasa skuad ini menjuarai Piala Merdeka edisi Kuala Lumpu pertengahan 2008 lalu.
Rata-rata pemain menganggap penggilan untuk mewakili skuad negara adalah peluang, tanggungjawab dan penghormatan yang cukup besar serta menunjukkan semangat patriotik kepada negara. Jika mereka lebih memandang kebendaan mungkin panggilan untuk mewakili skuad negara boleh diabaikan dan tawaran hanya dijadikan pembungkus nasi lemak cuma.
Sebagai bukti bekas penjaga gol kebangsaan Mohd Syamsuri Mustafa walaupun telah dipinggirkan untuk mewakili skuad kebangsaan tetap menyahut seruan B. Sothianathan untuk mewakili skuad kebangsaan.
Mungkin jika berkhidmat sebagai anggota keselamatan dan berpeluang untuk berbakti dibawah panji-panji antarabangsa di luar negara bbaru dianggap sebagai patriotik?
Renungkan sejenak kecederaan yang dialami oleh pemain negara sebelum kita mengecop wira negara ini sebagai tidak patriotik. Kita yang bukan dalam gok dan umpama aye jawi hanya mampu berkokok di luar gelanggang sahaja, bila di adu mulalah tunjuk belang sebenar..
Cuba kita ambil kekalahan ini sebagai iktibar dan belajar menerima pandangan dan cadangan dari pemain, jurulatih dan sebagainya. Tidak hanya pihak pengurusan sahaja (????) yang berhak bersuara seolah-olah mereka tahu segalanya mengenai bola sepak..
Jangan pulak di beri bola untuk ditendang tetapi dibelah umpama kelapa.
Malaysia memang begitu, bila menang dipuja-puji
Bila tewas dihina-keji..
Buat wira-wira negara teruskan perjuangan jangan gentar rempuh halangan..

-WSLM-