" Seksi Bukan Telanjang"
Terkesima seketika bila membaca satu artikel dan wawancara bersama seorang personaliti televisyen " Seksi Bukan Telanjang". Jadi mengikut perkiraan personaliti tersebut tiada hukum yang mewajibkan seorang wanita Islam menutup aurat.
dari Aisyah r.a bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah berpaling muka seraya bersabda:
" Wahai Asma' ! Sesungguhnya, jika seseorang wanita sudah mencapai masa haid (akil baligh), maka tidak layak baginya untuk menampakkannya, kecuali ini....." (sambil mengisyaratkan pada muka dan tangan baginda).
Dengan itu melalui sabda nabi tadi jelaslah menunjukkan rambut wanita dan semua anggotanya adalah haram untuk diperagakan di khalayak walaupun dengan niat untuk mencari rezeki yang halal (komen dari segelintir penggiat seni).
Kenapa kita berani untuk menghalalkan cara sedangkan di dalam Al-Quran mahupun Hadith telah banyak memperincikan kewajipan menutup aurat kepada wanita Islam.
Alasan untuk berpakaian seksi dan tidak menutup aurat atas rasa tanggungjawab sosial untuk mencari rezeki dan sekadar lakonan semata-mata tidak boleh diterima sama-sekali.
Mungkin bagi golongan yang berpandangan sederhana atau liberal. Itu tidak menjadi satu keralatan bagi yang telah biasa tersesat di dalam hutan batu. "Katakanlah kepada wanita yang beriman." Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa (Tampak darinya dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya". (Surah An-Nur:31). Didalam ayat ini jelas bagaimana Allah S.W.T mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman supaya menutup aurat. (Macam mana dengan kaeadaan kita pada hari ini fikir-fikirkanlah). Perubahan masa dan hambatan arus kemodenan bukanlah tiket atau kredit untuk menghalalkan cara serta mengingkari perintah Allah ini. Amat janggal sekali kerana semua ini dizahirkan oleh golongan yang mengaku Islam dan Di Iqamah sesudah keluar dari rahim seorang yang bergelar ibu.

No comments:
Post a Comment