Tuesday, February 17, 2009

Kerjaaaaa


Akhbar arus perdana baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan telah mengumumkan kekosongan yang berjumlah hampir 20000 bakal diisi oleh pekerja-pekerja sektor swasta yang terlibat dengan pemberhentian ekoran dari kekangan kegawatan ekonomi global yang turut memberi impak kepada sektor swasta di Malaysia. Selain dari itu juga bagi 45000 yang bakal menghadapi pemberhentian kerja akan mengikuti Skim Latihan Kemahiran Pekerja yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.


Persoalannya sekarang jika kerajaan lebih mengutamakan pekerja-pekerja di sektor swasta bagaimana nasib yang akan menimpa hampir 50000 pekerja-pekerja kontrak yang berkhidmat dalam pelbagai jabatan di jabatan-jabatan kerajaan. Bagi Setiausaha Agung CUEPACS adalah lebih adil jika kerajaan meneliti semula langkah tersebut dan memberi peluang untuk mengisi pelbagai jabatan di Jabatan Kerajaan tersebut kepada pegawai dan kakitangan kontrak yang telah berkhidmat dalam sektor awam.


Bagi ambo langkah ini adalah merupakan satu langkah yang paling adil yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pekerja kontrak yang sering menjadi isu utama dan ketidaksefahaman antara kerajaan dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Ketidakwajaran dan kejanggalan juga jika langkah kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia ini terlaksana hanya akan menyebabkan pekerja sektor swasta sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana dan budaya kerja sektor awam.


Ambo sebagai salah seorang penjawat awam (kontrak) juga agak terkilan mendengar satu pandangan oleh pemanggil di dalam sebuah stesen radio sewaktu dalam perjalanan ketempat kerja. Pemanggil tersebut menyatakan suasana kerja yang pasif serta tawaran gaji yang tidak sama dalam sektor awam memungkinkan langkah yang diperkenalkan kerajaan tidak akan mendapat sambutan dari mantan pekerja swasta. Bagi ambo sebagai penjawat awam (kontrak) cukup kecewa dengan pandangan sinis dan agak skeptikal oleh pemanggil tersebut. Ambo sendiri pun pernah bekerja di sebuah organisasi swasta dan terbukti apa yang didakwa oleh pemanggil tadi benar tetapi kita tidak boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam. Bagi ambo segala pengalaman dari segi punctually, profesionalisme dan persekitaran kerja kondusif semasa di sektor swasta boleh kita adaptasikan di dalam sektor kerajaan. Ini akan menambahbaik sektor perkhidmatan awam secara keseluruhannya, Bagi pendapat ambo pula pandai-pandailah bawa diri, "Masuk kandang itik menguek, masuk gok ayam kena beketoak lah".


Kenapa kerajaan begitu beria-ia untuk membantu golongan pekerja swasta sedangkan masih terdapat ribuan pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat secara kontrak perlu diutamakan terlebih dahulu. Langkah yang diperkenalkan kerajaan ini jika menjadi realiti akan menjadikan sektor kerajaan akan menjadi tempat lambakan pekerja-pekerja yang diberhentikan. Kerajaan perlu menilai semula pandangan yang diberikan oleh Pengerusi Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bahawa faktor gaji permulaan dan gred yang berbeza antara sektor awam dan swasta yang ketara, mungkin tidak akan menarik kakitangan swasta yang berpengalaman untuk berkhidmat di dalam sektor awam.


Fikir-fikirkanlah....




-WSLM-


No comments:

Post a Comment