Hampir seminggu tragedi kekecohan penonton berlaku di stadium Sultan Muhammad Ke-IV telah berlaku. Rata-rata peminat bola sepak tempatan termasuk peminat setia dan pior Kelantan sendiri telah meletakkan kesalahan di bahu bekas penjaga gol kebangsaan Saudara Halim Napi.
Kelantan telah dihukum, bagi saya satu langkah drastik FAM yang melaksanakan hukuman terlebih dahulu sebelum melakukan siasatan cerito sebenar di sebalik insiden tersebut. Pengalaman telah mengajar bagaimana skuad “Red Warrior” telah dinafikan hak 3 mata dan diisytiharkan tewas kepada KL Plus kerana tidak dapat menyediakan padang yang sesuai untuk perlawanan pusingan pertama Liga Super. Hukuman tersebut ditaraik balik selepas rayuan di buat oleh pengurusan KAFA. (Hukum dulu baru siasat) poning…..
Hukuman tersebut merupakan bibit awal terhadap ketidakpuasan hati dan kekecohan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV 7 April lepas. Hakikat insiden tersebut bukan berpunca peminat yang tidak dapat menerima keputusan kekalahan kepada pasukan Negeri Sembilan tetapi ada unsur lain yang berlaku di luar stadium yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir penyokong setia Kelantan.
Tuduhan melulu media massa dan elektronik terhadap penyokong Kelantan seolah-olah Kelantan merupakan satu lubuk yang melahirkan budaya samseng dan holigan bola sepak. Sedangkan hakikatnya hanya segelintir sahaja penyokong yang bertindak keterlaluan. Saya sebagai anak Kelantan juga peminat setia bola sepak Kelantan dan bersama jatuh bangun bolasepak Kelantan sikit terkilan dengan komen para penganalisis sukan yang terus meletakkan hampir 100% kesalahan di bahu KAFA.
Komen yang tidak bermoral di dalam satu rancangan berunsur sukan sangat memalukan seolah-olah semua peminat bola sepak Kelantan dungu, tolol dan buta bola sepak. Ingat orang Kelantan juga suka kepada clean football. Tidak dinafikan saudara Halim bertindak keterlaluan dan tidak profesional terhadap pertahanan Negeri Sembilan. Tetapi sedarkah apakah insiden yang berlaku semasa permainan sedang berlangsung dan provokasi pemain tersebut terhadap saudara Halim sebelum itu…….Hanya kita yang bertumas di dalam stadium pada masa itu yang tahu….
“Kagum dengan semangat anak negeri di stadium Nasional Darul Naim walupun kami kempunan untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi di Kota Bharu,”
-GOMO KELATE GOMO-
-
