
.....Selalu nya ambo jarang kali menonton rancangan-rancangan komersil yang disiarkan oleh televisyen kita kecuali program makalah dan dokomentari mungkin bersesuaian dengan usia ambo yang semakin menginjak dewasa...Walaupun begitu mungkin ada dari anda yang menonton televisyen yang menayangkan filem-filem lagenda dan bermesej.
Sebelum mata dilelapkan dihadapan TV (seperti biasa bila menonton program merapu, TV yang akan menonton ambo) tetapi mungkin pada malam itu ada mesej yang tersirat yang menghalang ambo dari terus terlelap ketika menonton Filem Cucu Datok Merah.
Filem yang diterbitkan pada tahun 1963 arahan M.Amin ini bagi ambo banyak persamaan dalam situasi yang berlaku pada hari ini. Allahyarham Nordin Ahmad selaku peneraju sebagai Awang Janggut, Latifah Omar, Roseyatimah dan ramai lagi seniman banyak menyedarkan ambo (mungkin sutradaranya dapat menujum apa yang akan berlaku situasi yang akan berlaku 46 tahun yang akan datang).
Ternyata benar apabila salah satu babak yang menonjolkan bagaimana Awang Janggut (Cucu Datuk Merah) cuba untuk mendapatkan kerja dengan menggunakan pengaruh dan kuasa datuk beliau telah diherdik oleh Orang Kaya Hassan (Yem Jaafar) memandangkan beliau dan keturunannya sudah tidak lagi berkuasa. Tetapi hanya setahil emas sahaja sudah cukup untuk Wan Embong mendapat jawatan dan diterima sebagai pekerja Orang Kaya Hassan. Zaman tersebut sudah berlakunya rasuah dan kronisme jadi tidak mustahil situasi tersebut tidak berlaku waktu ini... Nasib ketika itu belum ujud SPRM. (Menilai melalui pengalaman)
"Melayu Mudah Lupa"......Luahan kekecewaan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad seakan-seakan telah diadaptasi dari cereka tersebut bilamana Melayu bila tidak dalam 'kouca bo jeng' dan kesulitan akan mudah lupa diri dan terus leka pada kebendaan bagaimana Awang Janggut yang sanggup meninggalkan dan menduakan Wan Kuntum apabila mula rapat dengan anak majikannya sendiri... inilah gambaran Melayu yang terjemahkan di dalam cereka tersebut... Jadi bagaimana?
Dendam, hasad, khianat seolah-olah sebati dengan orang Melayu walaupun Agama Islam yang membawa ajaran syumul dan saling melengkapi antara Islam, Iman dan Ehsan. Untuk mencapai matlamat dan kelangsungan kuasa (serakah dendam) bagaimana Long Daik cuba untuk melunaskan dendamnya dengan menjadikan Wan Kuntum sebagai galang-ganti dendamnya
terhadap Awang Janggut...
terhadap Awang Janggut...Tidak semua di cungkil....Bayangkan bagaimana situasi Melayu pada 2020...
-Tidak rela Melayu terus layu-

No comments:
Post a Comment